Ahad, 29 Mac 2009

Gambar UltraSound Anak Aku...


Panjang dia masa ni 41mm aje...masa ni aku dah boleh tgk jantung dia berdegup...hehehe
Gambar ni di ambil masa dia baru nak masuk 3 bulan.

InsyaAllah 24/09/2009 hari lahir dia...hehe

Doakan kesihatan kami dan anak ek....

Tq.

Jumaat, 27 Mac 2009

bahaya lampin pakai buang...must read!!!!

Posts: 9 bahan beracun dalam lampin pakai buang!!!Persatuan Pengguna
Pulau Pinang (CAP) menasihatkan ibu bapa supaya tidak memakaikan bayi
mereka dengan lampin paki buang kerana ia mengandungi bahan kimia
beracun yang boleh memudaratkan kesihatan bayi.Ini memandangkan bayi
sedang membentuk sistem imun dan mengalami pertumbuhan organ dan tubuh
yang sihat sepanjang hayat mereka.

Pendedahan kepada bahan kimia beracun boleh membantutkan perkembangan
bayi dan menimbulakan masalah kesihatan dalam jangka panjang.Kulit bayi
lebih nipis dan cenderung menerima kesan daripada bahan kimia yang mudah
diserap masuk dalam tubuh.Lampin pakai buang diperbuat daripada
bahan-bahan tiruan seperti polyethylene film bagi pelapik perlindungan
plastik lampin itu, polyester (bagi lapisan atasa lampin yang poros),
polypropylene (bagi pelapik lampin dan pita yang digunakan bagi
mengetatkan lampin, atau untuk lapisan lampin yang paling atas), pulp
fluff daripada pulpa kayu yang diawet dengan klorin (yang menghasilkan
dioksin, bahan penyebab kanser sebagai hasil sampingan), sodium
polyacrylate (gel bertoksik yang kuat daya serapannya) untuk lapisan
dalam lampin, minyak dan resin yang berpotensi menimbulkan alergi
(sebagai gam yang mengikat lampin), wangian yang memudaratkan dan
bahan-bahan kimia lain yang berbahaya seperti tributylin (salah satu
bahan paling beracun pernah dihasilkan).Sebahagian daripada bahan-bahan
kimia tersebutboleh menimbulkan masalah kesihatan kepada bayi seperti
ruam yang menyakitkan dan asma, serta masalah ketidaksuburan dan kanser
apabila dewasa kelak.

Pengeluar lampin pakai buang sering mendakwa produk mereka boleh
memastikan bayi berada dalam keadaan kering berjam-jam lamanya. Ini
berikutan penggunaan bahan kimia sodium polyacrylate, sejenis gel yang
terdapat dalam bahagian tengah lampin yang menjauhkan air daripada kulit
bayi. Ini dimasukkan ke dalam lampin dalam bentuk serbuk berbiji yang
bertukar menjadi gel apabila basah. Juga dikenali sebagai kristal
polimer, sodium polyacrylate boleh menyerap 200-300 kali beratnya dalam
air, dan membendungnya dalam bentuk gel bergetah.Pengguanan sodium
polyacrylate dalam lampin pakai buang memudahkan tugas ibu kerana tidak
perlu menukar lampin bayi.

Namun begitu ia menyebabkan bayi ditumbuhi ruam kerana terdedah kepada
bahan-bahan kimia yang diserap, pertumbuhan bakteria dan ammonia
daripada air kencing yang terkumpul dalam lampin. Pada masa yang sama ia
juga menarik lembapan (bukan air kencing saja) daripada kulit bayi yang
menggalakkan kegatalan kulit.Bahan ini dilaporkan boleh menyebabkan
radangan kulit yang teruk, pendarahan daripada tisu-tisu perineum dan
scrotal, demam, muntah dan jangkitan staph di kalangan bayi.

SUMBER: UTUSAN PENGGUNA(MAC-APRIL 2007)

Rabu, 18 Mac 2009

ceritera kematian???

2-3 hari ni aku banyak teringat Allahyarham ayah aku(Tuan Sulaiman bin Tuan Mat)...maybe this little bit personal..tapi mungkin ini juga boleh buatkan kita sama berfikir kemana arah tuju kita. Apa yang kita cari kat dunia ni sbnrnya???aku masih dapat bayangkan saat al-marhum ayah aku meninggal dulu. 3 kali Al-marhum menarik nafas sedalam-dalamnya sehingga terangkat dada beliau dan melepaskan nafasnya yang terakhir; dan abang aku org yang membisikkan kalimah syahadah pada sebelah kanan telinga beliau, dan ayah aku kelihatan sperti bergerak2 mulut beliau cuba mengikuti kalimah tersebut, walaupun kami tdk dapat mendengar ucapan beliau; tapi kami tahu.
Dan aku; ketika itu terasa begitu kosong dalam hati. Aku tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan itu.
Apa yang aku mahu katakan di sini; kini aku betul2 merasakan kehilangan beliau dalam hidup aku, selepas aku dalam proses membina kerjaya dan kehidupan ku sendiri, dan kini aku sendiri akan menjadi bapa; seorg bapa.Dia tdk sempat melihat semua ini.
Apa yang aku terbayang adalh adakah aku mampu jadi sehebat dia membesarkan 5 ank biarpun tanpa kemewahan.Dan betapa sakitnya bila roh dicabut dari tubuh dan apakah perasaan beliau ketika itu bilamana hendak menghembuskan nafas terakhir beliau meninggalkan kehidupan dunia, meninggalkan anak2 dan isteri; dan dalam keadaan tertanya-tanya apa yang akan berlaku pada mereka yang tersayang apabila beliau meninggalkan mereka.Cukupkah apa yang beliau berikan dan tinggalkn selama ini untuk bekalan anak2 beliau di dunia? Apakh kita mampu menghadapi semua ini bila sampai waktunya? Bila sampai giliran kita?Apakah kita kuat?Dan adakah kita bersedia?
Apakah keadaan yang kita rasakan susah kini, adalh lebih susah dari yang akan datang apabila kita mengharungi hidup kita atau lebih senang dari yang akn datang?Hidup ini tiada kepastian; tiada jawapan yang utuh utk itu.Tapi apa yang pasti, yang menjadi bimbingan aku adalah ayah aku.Biar betapa susah pun, beliau tetap tabah membesarkan kami. Biarpun beliau terpaksa mengorbankn apa yang beliau minati, beliau dahulukan kami.
Hidup ni biar berapa kali pun kita jatuh, kita harus bangun.biar betapa susah pun kehidupan kita, kita harus hadapi dan harungi. Kerana hidup ini penuh risiko dan tiada kepastian, tetapi itulah yang menjadi semangat utk kita terus berjuang untuk hadapi risiko dan mendapatkan kepastian hidup.
Beranikah kita menghadapi saat2 kematian?Beranikah kita untuk berpindah ke alam yang satu lagi itu?Apakah jawapan akn kita terima di sana nanti? Adkah ia cerah atau gelap?setakat manakah yang kita tahu jawapn(amalan) yang kita bawa bersama adlah betul(penerimaan?)?Adakh ia cukup?atau kita terlalu over confident?Atau kita merasakn diri kita dah cukup bagus?Tiada kepastian.Tiada jawapan. Kitalah yang harus tentukan jawapan dia.
Begitulah yang dapat aku bayangkan apa yang bakal bermain dalam kepala kita bila kita mahu menghembuskan nafas yang terakhir. Betapa beratnya dan sakitnya saat kematian, even nabi kita mengakui kesakitannya. Begitulah yang aku terbayang apa yang Al-marhum ayah aku hadapi????

Mampukah kita?

Al-Fatihah kpd beliau.

Aku menitiskan air mata bila menulis cerita ini. Ayah aku adalh Hero aku.

“Ayah, cerita ini untuk ayah”

With great power come great responsibility.

FAIEZ

Isnin, 16 Mac 2009

Moonlight Orange

hehe.......tajuk post tu takde kaitan pun dgn apa aku nak citer....skang aku kat tempat keje baru....bermula awal tahun ni 2/01/2009 sampai la skang.....sapuracrest petroleum berhad...isteri aku dah pun pregnant 3 bulan...insyaAllah due dia 4/9 tahun ni.aku dah lama giler x post kat blog aku ni....moonlight orange tu cuma nama samaran aku kat dalam gen-2.net aje....tp macam best aje kan bunyi nyer....hehehe....blog2 aku yang lain pun belum dapat update lagi....in time nanti aku update...keje aku skang kat miri sarawak....based kat sini...dalam project management team...as Graduate Engineer-Operation....keje time busy...busy giler...time relax...relax aje...skang ni aku duk berminat giler dgn Open source project...mmg dari dulu pun asyik suka dgn kerja2 programming ni...as a hobby aje la.keje kat sini slalu ingat bini kat kampung.stress.tapi apa nak buat di zaman kegawatan macm ni aku harus tabah menghadapi dugaan ni.bukan mudah nak cari kerja lain sekarang ni.di blog guno linux aku nanti akan aku update dengan pos-pos yang baru ok.maybe it's all about ubuntu intrepid and fedora.tapi selalunyer aku takde masa nak update semua tu.kali ni harap-harap boleh spend sedikit masa untuk tu.

See you all again!