Rabu, 18 Mac 2009

ceritera kematian???

2-3 hari ni aku banyak teringat Allahyarham ayah aku(Tuan Sulaiman bin Tuan Mat)...maybe this little bit personal..tapi mungkin ini juga boleh buatkan kita sama berfikir kemana arah tuju kita. Apa yang kita cari kat dunia ni sbnrnya???aku masih dapat bayangkan saat al-marhum ayah aku meninggal dulu. 3 kali Al-marhum menarik nafas sedalam-dalamnya sehingga terangkat dada beliau dan melepaskan nafasnya yang terakhir; dan abang aku org yang membisikkan kalimah syahadah pada sebelah kanan telinga beliau, dan ayah aku kelihatan sperti bergerak2 mulut beliau cuba mengikuti kalimah tersebut, walaupun kami tdk dapat mendengar ucapan beliau; tapi kami tahu.
Dan aku; ketika itu terasa begitu kosong dalam hati. Aku tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan itu.
Apa yang aku mahu katakan di sini; kini aku betul2 merasakan kehilangan beliau dalam hidup aku, selepas aku dalam proses membina kerjaya dan kehidupan ku sendiri, dan kini aku sendiri akan menjadi bapa; seorg bapa.Dia tdk sempat melihat semua ini.
Apa yang aku terbayang adalh adakah aku mampu jadi sehebat dia membesarkan 5 ank biarpun tanpa kemewahan.Dan betapa sakitnya bila roh dicabut dari tubuh dan apakah perasaan beliau ketika itu bilamana hendak menghembuskan nafas terakhir beliau meninggalkan kehidupan dunia, meninggalkan anak2 dan isteri; dan dalam keadaan tertanya-tanya apa yang akan berlaku pada mereka yang tersayang apabila beliau meninggalkan mereka.Cukupkah apa yang beliau berikan dan tinggalkn selama ini untuk bekalan anak2 beliau di dunia? Apakh kita mampu menghadapi semua ini bila sampai waktunya? Bila sampai giliran kita?Apakah kita kuat?Dan adakah kita bersedia?
Apakah keadaan yang kita rasakan susah kini, adalh lebih susah dari yang akan datang apabila kita mengharungi hidup kita atau lebih senang dari yang akn datang?Hidup ini tiada kepastian; tiada jawapan yang utuh utk itu.Tapi apa yang pasti, yang menjadi bimbingan aku adalah ayah aku.Biar betapa susah pun, beliau tetap tabah membesarkan kami. Biarpun beliau terpaksa mengorbankn apa yang beliau minati, beliau dahulukan kami.
Hidup ni biar berapa kali pun kita jatuh, kita harus bangun.biar betapa susah pun kehidupan kita, kita harus hadapi dan harungi. Kerana hidup ini penuh risiko dan tiada kepastian, tetapi itulah yang menjadi semangat utk kita terus berjuang untuk hadapi risiko dan mendapatkan kepastian hidup.
Beranikah kita menghadapi saat2 kematian?Beranikah kita untuk berpindah ke alam yang satu lagi itu?Apakah jawapan akn kita terima di sana nanti? Adkah ia cerah atau gelap?setakat manakah yang kita tahu jawapn(amalan) yang kita bawa bersama adlah betul(penerimaan?)?Adakh ia cukup?atau kita terlalu over confident?Atau kita merasakn diri kita dah cukup bagus?Tiada kepastian.Tiada jawapan. Kitalah yang harus tentukan jawapan dia.
Begitulah yang dapat aku bayangkan apa yang bakal bermain dalam kepala kita bila kita mahu menghembuskan nafas yang terakhir. Betapa beratnya dan sakitnya saat kematian, even nabi kita mengakui kesakitannya. Begitulah yang aku terbayang apa yang Al-marhum ayah aku hadapi????

Mampukah kita?

Al-Fatihah kpd beliau.

Aku menitiskan air mata bila menulis cerita ini. Ayah aku adalh Hero aku.

“Ayah, cerita ini untuk ayah”

With great power come great responsibility.

FAIEZ

Tiada ulasan: