Sabtu, 22 Mac 2008

Dah keje dah...hehe

rasminyer aku kerja start 10 march 2008, tapi sehari minggu sebelumnya aku dah kena pergi kerja sbb nak ambik kerja Dr. Hotta coz dia nak fly balik jepun.syarikat aku kerja skang ni HQ dia kat shah alam branch mekanikal department dia kat subang jaya; so kat sana la aku kerja skang ni..syarikat ni banyak bawak products dari jepun. Dr. Hotta tu bekas pensyarah universiti kat jepun; syarikat tempat aku kerja ambik dia jadi sebagai penasihat sebab akal dan pengalaman dia siot..1st time aku jumpa dia kat HQ, orangnya dah tua tapi semangat kerja kuat gila...jalan pun lagi laju dari aku..aku lak yang malu rasa dengan spirit yang dia ada dalam masa kerja ni...dia bawak aku gi jumpa membe supplier dia dari jepun gak...lagi tua dari dia...perangai sama gak......yang ni jalan dah bongkok tapi masa kerja semangat gila...ada disiplin...diaorang sembang dalam bahasa jepun la....ntah apa pun aku tak tau...lama gak aku duk terkedip kedip dgr diaorang sembang, satu apa pun aku tak paham; masa aku study dulu third language aku ambik bahasa german..kalau diaorang cakap bahasa german bole la aku paham sikit2....hehe....masa diaorang sembang tu aku rasa si Hotta ni ada duk citer pasal aku kat si member dia ni...sbb membe dia kejap2 mata dia melirik kat aku...ntah2 kutuk aku apa...peduli apa aku...janji gaji bulan depan masuk....hehehe...byk komitmen ni...lunch hari tu jepun tu blanja...hehe...tapi bagus la idea Dr. mahathir dulu...kita patut blaja cara jepun ni bekerja...baru maju negara kita...jangan duk ikut bontot orang jer...MALAYSIA BOLEH!...hari tu kerja aku free tak di bayar pun tapi bagi aku ok sebab at least aku dah dapat kerja baru seblm aku balik kampung mengundi...matlamt aku pun macam tu....x nak balik kampung selagi tak dapat kerja lain...kesian mak aku tapi ni juga masa depan aku...nasib baik mak aku restui.
Apa yang best hari tu ialah bos aku; chinese, berterima kasih di atas kerja aku haritu sebb aku sanggup datang walau tak dibayar utk haritu, pandai betul cina ni menghargai staff dia. Kita pun rasa di hargai kerja kita bila kita kerja dengan ikhlas. Berbanding tempat kerja aku dulu, bos tak pernah berterima kasih dengan kerja yang aku buat dan boleh lagi kutuk aku, malah ciput je dia bayar aku untuk semua itu...kerja sampai malam...sabar je la...at least aku pun dah takder kaitan dengan syarikat tu......Kita orang melayu patut ubah sikap sekiranya kita mahu maju dalam perniagaan atau sebarang kerja yang kita buat...barula bila kita jadi bos, staff sayang kita dan pk byak kali sebelum nak tinggalkan syarikat kita tu...dan kalau kita jadi staff, bos plak sayang kita dan kalau boleh tak nak kita berenti kerja dengan dia....tapi ramai usahawan melayu yang mempunyai sikap negatif yang tidak sepatutnya ada pada seorang usahawan...ini yang menyebabkan bangsa kita masih lagi memerlukan tongkat....sampai bila kawan2 semua...sampai bila...kita beragama ISLAM dan nabi kita dah ajar kita semuanya...kita khalifah di bumi Allah ni...kita patut tunjukkan pada non-muslim bahawa kita adalah umat contoh, yang harus di ikuti...dan yang penting sekali agama yang benar; ISLAM...biar sejarah dunia akan datang bangga dengan tamadun ISLAM yang kita bina....AMIN...........