Khamis, 4 Jun 2009

Dari BHOnline-05062009>>Ulasan Pasaran: Dana tempatan sokong KLCI

Harga saham Bursa Malaysia naik walaupun pasaran Asia turun 

HARGA saham di Bursa Malaysia berada pada paras lebih tinggi pada penutupan dagangan semalam, meskipun kebanyakan bursa serantau memperlihatkan prestasi menurun, kata peniaga. 

Katanya, kenaikan itu disebabkan oleh sokongan belian cergas daripada dana tempatan.

Pada penutup semalam, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) penanda aras naik 8.57 mata kepada 1,063.97 selepas dibuka 1.26 mata lebih tinggi pada 1,056.66 pada sebelah pagi. 

Peniaga berkata, prestasi pasaran tempatan turut tidak terjejas oleh penurunan di bursa Asia berikutan mudah tunainya yang banyak, yang akan terus menyokong pasaran. 

"Pelabur juga berkeyakinan, ekoran pengumuman kerajaan terhadap komitmen untuk mempermudah perniagaan dan melonggarkan lebih banyak peraturan berhubung garis panduan jawatankuasa pelaburan asing (FIC)," katanya.

Indeks Perladangan meningkat 16.85 mata kepada 5,406.66, Indeks Kewangan melonjak 76.28 mata kepada 8,278.99 dan Indeks Perusahaan mengukuh 15.57 mata kepada 2,337.08. 

Indeks FBMEmas menokok 58.88 mata kepada 7,124.31, Indeks FBM30 naik 70.67 mata kepada 6,786.82, FBM2BRD Indeks melompat 56.77 mata kepada 4,647.71 dan Indeks FBMMesdaq 37.21 mata lebih tinggi pada 4,131.18. 

Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 366 berbanding 221, manakala 224 kaunter tidak berubah, 426 tidak diniagakan dan 40 yang lain digantung urus niaga. 

Jumlah dagangan susut kepada 1.303 bilion saham bernilai RM1.265 bilion daripada 1.794 bilion saham bernilai RM1.330 bilion.

Teratas dalam senarai saham cergas ialah Compugates yang menambah setengah sen kepada lapan sen, KNM Group yang naik 3.5 sen kepada RM1.02 dan Mulpha International yang menokok sesen kepada 57 sen. 

Bagi saham cergas, Sime Darby dan Maybank mengukuh lima sen setiap satu, kepada RM6.90 dan RM5.50, manakala Tenaga Nasional naik 25 sen kepada RM7.55. 

Jumlah dagangan di Papan Utama mengecil kepada 1.077 bilion saham bernilai RM1.164 bilion daripada 1.530 bilion saham bernilai RM1.262 bilion, kelmarin. 

Di Papan Kedua, jumlah dagangan bertambah kepada 110.645 juta unit bernilai RM59.952 juta daripada 82.217 juta unit bernilai RM30.751 juta sebelumnya. 

Pasaran Mesdaq mencatatkan penyusutan jumlah dagangan kepada 60.299 juta saham bernilai RM18.675 juta daripada 160.294 juta saham bernilai RM31.669 juta. 

Waran meningkat jumlahnya kepada 15.023 juta unit bernilai RM2.511 juta daripada 13.833 juta unit bernilai RM2.524 juta. 

Sektor barangan pengguna menguasai 31.465 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 208.216 juta, pembinaan 74.537 juta, perdagangan/perkhidmatan 504.023 juta, teknologi 8.446 juta, prasarana 13.241 juta, kewangan 124.457 juta, hotel 2.026 juta, harta 87.522 juta, perladangan 21.584 juta, perlombongan tiada, REIT 1.688 juta, dan dana tertutup 175,300. - Bernama

Rabu, 3 Jun 2009

Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk 5 dana

***SIARAN AKHBAR***
(UNTUK DISIARKAN SEGERA)
Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk 5 dana
Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk
lima daripada dana-dananya. Jumlah pengagihan kasar yang diumumkan untuk tahun
kewangan berakhir 31 Mei 2009 adalah seperti berikut:
Dana Pengagihan Kasar / Unit
Public Dana Ittikal 6.00 sen
Public Dana Islamic Equity 1.75 sen
Public Dana Dividend Select 2.00 sen
Public Dana Balanced 5.00 sen
Public Dana Select Bond 2.50 sen
Pengerusi Public Mutual Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow berkata bahawa Public
Mutual bersukahati kerana berupaya mengumumkan pengagihan untuk lima dana tersebut
walaupun keadaan pasaran amat mencabar. “Sungguhpun keadaan pasaran mencabar,
dana-dana kami berupaya menghasilkan prestasi yang lebih baik daripada tanda aras
masing-masing dan mencapai pulangan tiga tahun setinggi dua digit kepada para pelabur
kami,” kata beliau.
Menurut Jadual Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 18 Mei 2009, Public Dana Ittikal
dan Public Dana Islamic Equity telah menghasilkan pulangan tiga tahun sebanyak 16.87%
dan 19.26% masing-masing untuk tempoh berakhir 8 Mei 2009. Kedua-dua dana tersebut
telah mencapai pulangan yang lebih baik daripada prestasi tanda arasnya yang mencatatkan
pulangan sebanyak 7.92% bagi tempoh yang sama.
Sementara itu, Public Dana Dividend Select telah menghasilkan pulangan tiga tahun seba-
nyak 23.33% untuk tempoh berakhir 8 Mei 2009, iaitu satu pencapaian yang lebih baik
daripada prestasi tanda arasnya yang mencatatkan pulangan sebanyak 6.30% bagi tempoh
yang sama. Public Dana Balanced dan Public Dana Select Bond juga mencapai pulangan
yang lebih baik daripada prestasi tanda aras masing-masing dengan menghasilkan
pulangan tiga tahun sebanyak 26.33% dan 13.85% masing-masing
Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia,
menguruskan sebanyak 69 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,000,000
pemegang akaun yang diservis oleh seramai lebih 43,000 perunding unit amanah. Pada 8
Mei 2009, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah
sebanyak RM27.4 bilion.