Sabtu, 25 Julai 2009

Life@Miri Sarawak Malaysia:-)

Disinilah tempat aku bekerja, disinilah tempat aku mencari rezeki; dan gambar kat atas tu gambar aku kat opis Sapuracrest Miri....inilah gambar yang paling baru....20April2009...bagi korang ni gambar beberapa bulan lepas....yup!....sebabnya aku ni jenis xsuka bergambar....hahahaha...ni pun sebab bini aku mintak....dia cakap rindu.....hehehehe...ni la kalau duk jauh dari bini...iskiskisk!!!

So apa faedahnya kerja jauh ni; hehe....faedahnya aku dah boleh buat lempeng....hahaha...
Kepada bujang-bujang yang memang xtau nak buat lempeng atau nak masuk dapur sekalipun...kalau korang lapar pagi-pagi....buatla lempeng macam yang aku buat ni....terjamin selamat...aku belajar ngan bini aku.....hahahaha

Hanya untuk bujang-bujang terlajak @ Bujang duk jauh ngan bini @ Bujang sebenar yang kesepian....hahaha....yang dah ada bini kat umah tu takyah baca...buang masa korang aje....pergi dapur; cakap kat bini korang: Yang! Yang! buat abg lempeng!!...hahaha

Kalau tak berani takyah jadi lelaki la.....hahaha

Resepi:-
1. Tepung gandum 5 sudu besar.
2.Telur ayam sebiji.
3.Gula 2 1/2 sudu besar.
4.Air bersih 1 cawan dan 1/4 cawan.

Cara mencampur-adukkan:-)

Masukkan tepung gandum 5 sudu besar ke dalam mangkuk, masukkan telur ayam sebiji(pecahkan telur tu dulu, janganlak korang masukkan sekali ngan kulit-kulit dia). masukkan gula tadi dan last sekali masukkan air bersih tu....
kacau sehingga semua campuran tu jadi sebati antara satu sama lain...macam gambar kat bawah ni....


Jangan campur air sampai adunan tu jadi terlalu cair atau terlalu kurang air hingga jadi pekat sangat...

Kalau korang rasa nak lebih inovasi sikit....cuba la + apa-apa yang korang rasa sesuai untuk sebiji lempeng....hehehe...seingat aku dulu cik aku (mak aku; panggilan dia cik) aku selalu masak lempeng dan masukkan bawang besar...tapi best la yang dia buat....aku xtau apa lagi yang dia masukkan dalam lempeng tu.....

Peralatan:-)

1. Mangkuk
2.Sudu besar
3.Kuali
4.Senduk

Dah sebati dah adunan tu, korang panaskan kuali tu dan masukkan minyak secukup rasa....panaskan minyak tu secukup rasa:-)....then tuang semua adunan korang tu dalam kuali tu; pastikan adunan tu tersebar dalm kuali dengan rata....supaya takde la lempeng korang tu jadi tebal kat tengah....dan goreng la lempeng tu sampai ia jadi macam lempeng yang mak atau bini korang buat untuk korang.....ia sesuai disediakan bersama gula...hehehehe



macam ni la rupa lempeng tu bila aku masukkan dalam kuali tu:-)

aku suka goreng lempeng ni sampai dia garing....macam kfc siut GARING!...hehehe

PERINGATAN!

Jangan GORENG lempeng ini terlalu lama, merbahaya untuk gigi anda; gigi anda boleh patah kerana lempeng ini boleh menjadi batu jika di GORENG terlalu lama.

hahahahaha

byebye...SEMOGA BERJAYA!

Ahad, 12 Julai 2009

rumah aku masuk ular!!

huh....terkejut beruk aku semalam, lepas maghrib aku turun sambung tengo TV kat umah,tengah aku duk tergelak2 sakan tu aku nampak sesuatu berkilau warna kelabu taik anjing bergerak sebelah kiri aku dalam jarak 1.5m dari tempat aku duduk. Aku tengok apa benda tu; sekali mak oi ULAR!!!nasib baik masa tu aku masih pegang HP.Macam ni keadaan/suasana ketika itu; korang bayangkan la ye....Satu ruang tamu, sofa panjang 3 tempat duduk sebelah tingkap 3 tingkap, hujung sebelah sana TV dan hujung sebelah sini aku duduk tercongok.....terlompat aku bangun dari kerusi tu...ular tu terus turun ke bawah sofa tanpa melalui atas sofa tu....panjang siut....besar tubuh dia tu macam bateri bulat saiz A rasa aku....masa tu aku nak makan megi terus hilang selera....maunya terketar-ketar aku pegang HP; masih dalam keadaan terkejut lagi...then after 15 second macam tu aku berdiri dekat hujung ruang tamu jauh dari sofa tu duk skodeng dia kat mana, aku nampak dia tengah duk tengok kat tepi sofa; aku tengok dia dia tengok aku..aku perasan macam tu la ...huh...rasa lain macam siut... aLepas tu aku call 999; dapatkan bantuan bomba....entah ular jenis apa pun aku tak tahu...Lepas call bomba tu kerja aku uk skodeng ajer ular tu kat mana...kut2 dia lari masuk dalam bilik budak2 ni habis laaaaaa.....yela senang la nanti bomba nak tangkap....kang dia menghilang dalam rumah naya ajer budak2 ni..... jawabnya aku tak tido kat umah la, selagi belum confirm ular tu dah blahdiaorg cakap itu ular sawa/tedung.....tedung siut....nasib baik aku cepat terlompat....ni masih trauma lg....tido malam pun bukak lampu....mahu tak terkejut, seingat aku cuma masa aku kecik dulu last aku tengok tedung kat kampung....pastu tolong al-marhum ayah aku kill kill die die ular tu... masa budak dulu la....tapi ular tu pun kecik la ckit masa tu...yang ini besar....lagipun skang ni isteri aku tengah mengandung 7 bulan dah...orang tua-tua cakap jangan buat jahat pada binatang masa-masa ni...bukan tak nak percaya, tapi ular tu pun makhluk Allah gak...maybe dia tersesat ke apa...pergi masuk rumah kitaorang....Lagipun dia tak cuba menyerang aku....cuma main tengok2 aje...kalau dia cuba serang terpaksa la aku mempertahankan diri.....dahla seorg diri kat umah...tapi yang bomba ni pun satu, dua kali aku call....xsampai2 lagi...siap minta member aku call sekali lagi.....hampir sejam baru sampai....kalau rumah terbakar dah hangus dah rumah....diaorang boleh tak jumpa umah aku...dah bagi alamat jalan mana, diaorang masih tetap siap call aku 2 kali tanya rumah kat mana...adussss
takder gps ke apa?????
anyway thanks pada bomba kerana membantu....kalau tak, tak masuk rumah la malam tadi....hehehe
korang nak kata aku penakut ke apa suka ati korang la...
xkena pada korang..... memang boleh caya aaaa rasa takut yang diwujudkan pelakon2 dia dalam citer anaconda tu....hahahamacam tu agaknya...hahahaAt least aku masih boleh bertindak secara waras lagi masa tu....bukannya lari lintang pukang....aku tanya budak2 bomba tu diaorang nak buat apa ngan ular tu, diaorang cakap buang kat hutan.....aku tanya macam mana nak confirm yang ular tu bawak sedara2 dia datng sekali; diaorng cakap binatang ni jenis yang travel induvidually....lega rasanya....harap dah takder dah lepas ni....mohon Allah jauhi rumah kami dari makhluk seperti itu lagi.
trauma lagi nak duduk tepi tingkap.....