Ahad, 12 Julai 2009

rumah aku masuk ular!!

huh....terkejut beruk aku semalam, lepas maghrib aku turun sambung tengo TV kat umah,tengah aku duk tergelak2 sakan tu aku nampak sesuatu berkilau warna kelabu taik anjing bergerak sebelah kiri aku dalam jarak 1.5m dari tempat aku duduk. Aku tengok apa benda tu; sekali mak oi ULAR!!!nasib baik masa tu aku masih pegang HP.Macam ni keadaan/suasana ketika itu; korang bayangkan la ye....Satu ruang tamu, sofa panjang 3 tempat duduk sebelah tingkap 3 tingkap, hujung sebelah sana TV dan hujung sebelah sini aku duduk tercongok.....terlompat aku bangun dari kerusi tu...ular tu terus turun ke bawah sofa tanpa melalui atas sofa tu....panjang siut....besar tubuh dia tu macam bateri bulat saiz A rasa aku....masa tu aku nak makan megi terus hilang selera....maunya terketar-ketar aku pegang HP; masih dalam keadaan terkejut lagi...then after 15 second macam tu aku berdiri dekat hujung ruang tamu jauh dari sofa tu duk skodeng dia kat mana, aku nampak dia tengah duk tengok kat tepi sofa; aku tengok dia dia tengok aku..aku perasan macam tu la ...huh...rasa lain macam siut... aLepas tu aku call 999; dapatkan bantuan bomba....entah ular jenis apa pun aku tak tahu...Lepas call bomba tu kerja aku uk skodeng ajer ular tu kat mana...kut2 dia lari masuk dalam bilik budak2 ni habis laaaaaa.....yela senang la nanti bomba nak tangkap....kang dia menghilang dalam rumah naya ajer budak2 ni..... jawabnya aku tak tido kat umah la, selagi belum confirm ular tu dah blahdiaorg cakap itu ular sawa/tedung.....tedung siut....nasib baik aku cepat terlompat....ni masih trauma lg....tido malam pun bukak lampu....mahu tak terkejut, seingat aku cuma masa aku kecik dulu last aku tengok tedung kat kampung....pastu tolong al-marhum ayah aku kill kill die die ular tu... masa budak dulu la....tapi ular tu pun kecik la ckit masa tu...yang ini besar....lagipun skang ni isteri aku tengah mengandung 7 bulan dah...orang tua-tua cakap jangan buat jahat pada binatang masa-masa ni...bukan tak nak percaya, tapi ular tu pun makhluk Allah gak...maybe dia tersesat ke apa...pergi masuk rumah kitaorang....Lagipun dia tak cuba menyerang aku....cuma main tengok2 aje...kalau dia cuba serang terpaksa la aku mempertahankan diri.....dahla seorg diri kat umah...tapi yang bomba ni pun satu, dua kali aku call....xsampai2 lagi...siap minta member aku call sekali lagi.....hampir sejam baru sampai....kalau rumah terbakar dah hangus dah rumah....diaorang boleh tak jumpa umah aku...dah bagi alamat jalan mana, diaorang masih tetap siap call aku 2 kali tanya rumah kat mana...adussss
takder gps ke apa?????
anyway thanks pada bomba kerana membantu....kalau tak, tak masuk rumah la malam tadi....hehehe
korang nak kata aku penakut ke apa suka ati korang la...
xkena pada korang..... memang boleh caya aaaa rasa takut yang diwujudkan pelakon2 dia dalam citer anaconda tu....hahahamacam tu agaknya...hahahaAt least aku masih boleh bertindak secara waras lagi masa tu....bukannya lari lintang pukang....aku tanya budak2 bomba tu diaorang nak buat apa ngan ular tu, diaorang cakap buang kat hutan.....aku tanya macam mana nak confirm yang ular tu bawak sedara2 dia datng sekali; diaorng cakap binatang ni jenis yang travel induvidually....lega rasanya....harap dah takder dah lepas ni....mohon Allah jauhi rumah kami dari makhluk seperti itu lagi.
trauma lagi nak duduk tepi tingkap.....

Tiada ulasan: