Isnin, 16 Januari 2012

Long Live Play!

Salam 2012; rasanya dah betul-betul lama tidak di kemaskini blog peribadi ini. Jadi bermula dengan pos ini saya akan kemaskini blog ini dengan hobi atau kerja buang masa atau kerja buang duit saya yang terbaru. Permainan video!!;-)


Well, kepada yang berminat nak baca pos ini sila dapatkan Playstation 3, HDTV dan permainan video yang original di kedai-kedai berdekatan dengan anda. Jangan lupa dapatkan sekali kabel HDMI v1.4.hehe:-)


So! Boleh kata macam review la jugak; walaupun game dah dikeluarkan lebih setahun; GRAN TURISMO 5! Tak perlu saya cerita banyak game ni dah tarik saya kembali duduk di sofa dengan "seasonal events"nya. Perkakas online tersangat-sangat membuatkan saya untuk terus bermain tanpa tinggal solat.hehe(jemaah tu). Singkatannya GT5, GT5 seasonal events sentiasa di kemaskini dengan pertarungan baru dengan litar-litar dari seluruh dunia, dari A-Spec ke B-Spec. Siapa yang nak tahu apa itu A-Spec dan B-Spec; dapatkan permainan ini.


GT5 "seasonal event" membuatkan saya tiada masa untuk bermain Uncharted 3: Drake Deception online; mengenai Drake ni saya review lain kali. Kali ni saya betul-betul melekat dengan GT5.


GT5 antaramuka pertama bila dibuka adalah GT Mode, Arcade Mode, Course Maker, Gran Turismo TV dan 3 menu tetapan utama dengan Playstation Store DLC. Perkara yang menarik adalah GT Mode; didalam GT Mode pelbagai perkakasan permainan offline dan online yang boleh anda terokai. Sebagai satu permainan video "Real Driving Simulator" GT5 sememangnya didalam kelasnya yang tersendiri berbanding permainan video simulasi pemanduan yang lebih mementingkan keseronokan berbanding ketulenan pemanduan. Apa yang anda rasa bila anda memandu pelbagai kereta dengan modifikasi yang pelbagai atau tanpa modifikasi??walaupun dengan hanya menggunakan wireless controller PS3; tapi saya dapat rasakan kelainan kejituan, kelainan gegaran, kelainan bunyi, kelainan kawalan dan banyak lagi kelainan lain yang mungkin cuma anda yang dapat ceritakan. Sebagaimana yang mungkin dapat kita fahami dari tema "Gran Turismo 5" - The Real Driving Simulator!!


Unboxing Gran Turismo 5 - The Real Driving Simulator (1st Print Edition)




Mahukan bintang?? Anda lah yang berikan bintang.