Rabu, 3 Jun 2009

Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk 5 dana

***SIARAN AKHBAR***
(UNTUK DISIARKAN SEGERA)
Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk 5 dana
Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk
lima daripada dana-dananya. Jumlah pengagihan kasar yang diumumkan untuk tahun
kewangan berakhir 31 Mei 2009 adalah seperti berikut:
Dana Pengagihan Kasar / Unit
Public Dana Ittikal 6.00 sen
Public Dana Islamic Equity 1.75 sen
Public Dana Dividend Select 2.00 sen
Public Dana Balanced 5.00 sen
Public Dana Select Bond 2.50 sen
Pengerusi Public Mutual Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow berkata bahawa Public
Mutual bersukahati kerana berupaya mengumumkan pengagihan untuk lima dana tersebut
walaupun keadaan pasaran amat mencabar. “Sungguhpun keadaan pasaran mencabar,
dana-dana kami berupaya menghasilkan prestasi yang lebih baik daripada tanda aras
masing-masing dan mencapai pulangan tiga tahun setinggi dua digit kepada para pelabur
kami,” kata beliau.
Menurut Jadual Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 18 Mei 2009, Public Dana Ittikal
dan Public Dana Islamic Equity telah menghasilkan pulangan tiga tahun sebanyak 16.87%
dan 19.26% masing-masing untuk tempoh berakhir 8 Mei 2009. Kedua-dua dana tersebut
telah mencapai pulangan yang lebih baik daripada prestasi tanda arasnya yang mencatatkan
pulangan sebanyak 7.92% bagi tempoh yang sama.
Sementara itu, Public Dana Dividend Select telah menghasilkan pulangan tiga tahun seba-
nyak 23.33% untuk tempoh berakhir 8 Mei 2009, iaitu satu pencapaian yang lebih baik
daripada prestasi tanda arasnya yang mencatatkan pulangan sebanyak 6.30% bagi tempoh
yang sama. Public Dana Balanced dan Public Dana Select Bond juga mencapai pulangan
yang lebih baik daripada prestasi tanda aras masing-masing dengan menghasilkan
pulangan tiga tahun sebanyak 26.33% dan 13.85% masing-masing
Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia,
menguruskan sebanyak 69 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,000,000
pemegang akaun yang diservis oleh seramai lebih 43,000 perunding unit amanah. Pada 8
Mei 2009, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah
sebanyak RM27.4 bilion.

Tiada ulasan: