Jumaat, 27 Mac 2009

bahaya lampin pakai buang...must read!!!!

Posts: 9 bahan beracun dalam lampin pakai buang!!!Persatuan Pengguna
Pulau Pinang (CAP) menasihatkan ibu bapa supaya tidak memakaikan bayi
mereka dengan lampin paki buang kerana ia mengandungi bahan kimia
beracun yang boleh memudaratkan kesihatan bayi.Ini memandangkan bayi
sedang membentuk sistem imun dan mengalami pertumbuhan organ dan tubuh
yang sihat sepanjang hayat mereka.

Pendedahan kepada bahan kimia beracun boleh membantutkan perkembangan
bayi dan menimbulakan masalah kesihatan dalam jangka panjang.Kulit bayi
lebih nipis dan cenderung menerima kesan daripada bahan kimia yang mudah
diserap masuk dalam tubuh.Lampin pakai buang diperbuat daripada
bahan-bahan tiruan seperti polyethylene film bagi pelapik perlindungan
plastik lampin itu, polyester (bagi lapisan atasa lampin yang poros),
polypropylene (bagi pelapik lampin dan pita yang digunakan bagi
mengetatkan lampin, atau untuk lapisan lampin yang paling atas), pulp
fluff daripada pulpa kayu yang diawet dengan klorin (yang menghasilkan
dioksin, bahan penyebab kanser sebagai hasil sampingan), sodium
polyacrylate (gel bertoksik yang kuat daya serapannya) untuk lapisan
dalam lampin, minyak dan resin yang berpotensi menimbulkan alergi
(sebagai gam yang mengikat lampin), wangian yang memudaratkan dan
bahan-bahan kimia lain yang berbahaya seperti tributylin (salah satu
bahan paling beracun pernah dihasilkan).Sebahagian daripada bahan-bahan
kimia tersebutboleh menimbulkan masalah kesihatan kepada bayi seperti
ruam yang menyakitkan dan asma, serta masalah ketidaksuburan dan kanser
apabila dewasa kelak.

Pengeluar lampin pakai buang sering mendakwa produk mereka boleh
memastikan bayi berada dalam keadaan kering berjam-jam lamanya. Ini
berikutan penggunaan bahan kimia sodium polyacrylate, sejenis gel yang
terdapat dalam bahagian tengah lampin yang menjauhkan air daripada kulit
bayi. Ini dimasukkan ke dalam lampin dalam bentuk serbuk berbiji yang
bertukar menjadi gel apabila basah. Juga dikenali sebagai kristal
polimer, sodium polyacrylate boleh menyerap 200-300 kali beratnya dalam
air, dan membendungnya dalam bentuk gel bergetah.Pengguanan sodium
polyacrylate dalam lampin pakai buang memudahkan tugas ibu kerana tidak
perlu menukar lampin bayi.

Namun begitu ia menyebabkan bayi ditumbuhi ruam kerana terdedah kepada
bahan-bahan kimia yang diserap, pertumbuhan bakteria dan ammonia
daripada air kencing yang terkumpul dalam lampin. Pada masa yang sama ia
juga menarik lembapan (bukan air kencing saja) daripada kulit bayi yang
menggalakkan kegatalan kulit.Bahan ini dilaporkan boleh menyebabkan
radangan kulit yang teruk, pendarahan daripada tisu-tisu perineum dan
scrotal, demam, muntah dan jangkitan staph di kalangan bayi.

SUMBER: UTUSAN PENGGUNA(MAC-APRIL 2007)

Tiada ulasan: