Rabu, 9 Januari 2008

Alhamdulillah selamat!!!

Alhamdulillah...aku selamat dan di panjangkan umur...semalam pada +-9:30 malam; 08/01/2008...aku eksiden macam itik kat Persiaran Kuala Selangor...10 biji kereta terlibat, kereta aku yang keempat...depan aku ford rasanya dan belakang aku BMW 3 series tahun 1998 kalu aku tak silap...kereta aku pakai tu kereta abang aku; Honda CIVIC tahun 1980an...agak lama designnya...punggung kereta hancur dan depan hampir separuh remuk...sebelum kejadian aku yang paling depan kat traffic lights...bila lampu dah hijau aku jalan la...jalan di hadapan jalan landai macam menaiki bukit semua kereta gear rendah la tapi yang paling rendah pun gear empat sebab bukit landai dan kereta aku pun dalam lane kanan; lane laju...dari jauh lagi aku nampak kereta kat depan aku bergerak dalam kelajuan yang sama dgn aku...masa tu hujan lebat...sekali, tiba-tiba kereta tu brek mengejut; punggung dia terheret ke tepi dan aku sepantas mungkin mengenakan brek kaki dan seterusnya handbreak...tapi dalam keadaan jalan yang basah macam tu kereta aku tu terus menggelongsor atas jalan tu dan sempat berhenti...masa tu aku dah tak dapat nak elak ke kiri ke kanan...kiri ada kereta kanan ada tiang...beberapa saat kemudian BMW datang langgar punggung kereta aku takde la kuat tapi yang pastinya remuk jugak la masa tu...aku masih dalam kereta...dalam masa genting tu aku dah tak mampu buat apa-apa...berserah pada Allah dan aku pegang stereng kemas-kemas pastikan dada aku takkan terhentak kat stereng....yang datang langgar belakang BMW tu yang banyak memberi impak yang besar pada kereta aku...kelima-lima kereta yang datang langgar selepas BMW tu semua laju-laju dan langgar kereta kami dengan momentum yang besar...kerana semua tu kejar lampu hijau traffic lights tadi...kereta aku yang paling teruk...masa kelima-lima kereta tu datang buku aku yang kat belakang seat boleh tercampak ke depan aku kat cermin depan...betapa kuatnya diaorang langgar kereta kami...BMW tu tersodok ke depan dan hancurkan bonet belakang kereta aku...tapi bonet BMW tu takder apa-apa cuma patah nombor ppendaftaran, signal sebelah kiri pecah dan grill dia rosak...memang kuat la BMW...kereta aku alhamdulillah body shell dia yang kuat...aku terfikir kalau aku silap buat pilihan hari tu dengan meminjam kancil abang aku...mungkin perkara yang lebih buruk boleh berlaku pada aku...nauzubillah!....aku terselamat dengan kehendak Allah..tapi penyebabnya adalh body shell kereta tu yang agak kukuh walau tak sekuat BMW...tapi aku nak bagitau korang betapa lajunya kereta yang keenam dan ke atas datang langgar kami kereta BMW tu bonet belakang dia pun boleh remuk teruk...aku redha dengan apa yang berlaku...dah memang qada' dan qadar Allah Taala...aku tak di beri pilihan dan aku harus melaluinya dengan hati yang tenang...tu sebab macam-macam mana pun aku terpaksa langgar kereta di depan aku...malam tu juga kami semua pegi balai...alahamdulillah biarpun kereta third party punya insurans kami dapat claim insuran tu...gambar kereta tu nanti aku akan load up...nak ambik gambar masa kejadian bateri handphone lak dah habis...kepada kawan-kawan semua...berhati-hatila di jalan raya...biarpun kita dah berjimat cermat di jalan raya...tapi orang lain tidak seperti kita...lagi la di jalan-jalan besar KL dan Shah Alam ni...mak aku tak dapat tidur risaukan aku...tunang aku menangis risaukan aku...kalut family aku kat kampung...tapi apakan daya diri aku...hamba Allah yang lemah...dan aku masa kejadian tidak di beri pilihan untuk mengelak dari terlibat....aku redha di atas ketetapan Dia...Alhamdulillah...selepas ini aku mungkin akan lebih berwaspada bila di jalan raya terutama sekali waktu hujan...doakan aku selamat semua....Ya Allah selamatkanlah aku dari bala bencana dan malapetaka di mana sahaja aku berada dan kemana sahaja perjalanan yang aku lalui...AMIN...

Tiada ulasan: